Powered By Blogger
Powered By Blogger

Friday, May 14, 2010

KEMPEN CERIAKAN RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH.


MESRA.Para penghuni rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pasti sukar melupakan kenangan manis dilayan dalam suasana mesra oleh 10 orang selebriti yang dibawa khas sempena kempen kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.
Antara selebriti yang hadir ialah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sofia Jane, Nurul, Hafiz AF, Umie Aida, Dafi AF, Anding, Ryzal dan David Teo.Mereka kemudian menghiburkan para penghuni rumah kebajikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan nyanyian, sketsa lakonan serta menyampaikan pek cenderamata.
Kempen Kami Prihatin bertujuan menyemai kesedaran masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak dan gejala pembuangan bayi..

LONGKANG CECAH BUMBUNG


GEORGETOWN:Lebih 100 penduduk membabitkan 10 keluarga dijalan Madrasah, Jelutong, di sini, bimbang kemungkinan berlaku banjir kilat berikutan pembinaan longkang setinggi 2.4 meter yang hampir mencecah bumbung kediaman mereka
Penduduk mendakwa masalah itu berlaku sejak dua tahun lalu apabila pemaju memulakan projek pembinaan.

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK TERBIAR

KAMPUNG GAJAH;komplek sejarah pasir salak ,di sini ,yang menempat perbagai khazanah bersejarah negeri Perak bukan sahaja terbiar dan tidak diselenggara dengan baik, malah agensi yang menguruskan kawasan itu bersikap 'lepas tangan' menyebabkan kompleks berkenaan kini ditumbuhi belukar dan semak samun.
Keadaan yang berlaku itu sekaligus merendahkan nilai sejarah yang dikumpulkan di kompleks berkenaan termasuk kisah duka pahlawan Perak seperti Tok Sangor, Maharaja Lele, Si Puntum dan tempat bersemadinya Residen Pertama British di Perak, JWW Birch.
Walaupun kompleks utama yang menempatkan pelbagai khazanah silam masih terpelihara, beberapa bangunan yang didirikan untuk pelawat kini sudah dipenuhi semak samun dan terbiar.........

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK TERBIAR

PADAH CUBA RASUAH POLIS

KUALA LANGAT;seorang lelaki yang cuba merasuah seorang pegawai polis dengan memberikan wang RM3,000 untuk membebaskan rakannya menerima padah apabila dia ditahan anggota polis terbabit di sini,ahad lalu.
lelaki warga tempatan berusia 43 tahun dan disyaki 'runner' datang bertemu dengan pegawai tu supaya membebaskan dua lelaki tempatan dan sembilan warga Afghanistan yang ditahan polis dalam satu sekatan jalanraya , berhampiran sebuah sekolah ,Sungai Manggis,Banting disini, kira-kira 30minit sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat ,Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata suspek cuba memberi wang tunai kepada pegawai itu supaya membebaskan tahanan dan akan memberikan habuan yg lebih besar sekiranya semua mereka di bebaskan,
"Berikutan itu,polis menahannya untuk siasatan lanjut,semalam

Thursday, May 13, 2010

pergerakan khas askar

pergerakan khas askar