Powered By Blogger
Powered By Blogger

Friday, May 14, 2010

KEMPEN CERIAKAN RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH.


MESRA.Para penghuni rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pasti sukar melupakan kenangan manis dilayan dalam suasana mesra oleh 10 orang selebriti yang dibawa khas sempena kempen kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.
Antara selebriti yang hadir ialah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sofia Jane, Nurul, Hafiz AF, Umie Aida, Dafi AF, Anding, Ryzal dan David Teo.Mereka kemudian menghiburkan para penghuni rumah kebajikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan nyanyian, sketsa lakonan serta menyampaikan pek cenderamata.
Kempen Kami Prihatin bertujuan menyemai kesedaran masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak dan gejala pembuangan bayi..

No comments:

Post a Comment